Membina insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat~
Permata Bahasa
  • Home
  • Slaid Pengajaran
  • Karangan Naratif
  • Karangan Deskriptif
  • Karangan Ekspositori
  • Penulisan E-mel
  • Lukisan
  • Galeri
  • Sukatan Pelajaran & Senarai Peribahasa HML
  • Sukatan Pelajaran & Senarai Peribahasa NA
  • Frasa Adjektif & Pidato
  • Pertandingan K-Pop

e-mel tidak rasmi

5/6/2013

0 Comments

 
Daripada : ridzuan_mahmud@ewarkah.com

Kepada : ali_fuad@elite.com

Subjek : Kegiatan Cuti Sekolah


Ali

    Apa khabar awak di sana? Saya baik-baik sahaja. Saya harap awak sekeluarga sihat sentiasa.

    Tujuan saya menulis emel ini kepada awak adalah untuk menceritakan tentang kegiatan-kegiatan yang saya lakukan semasa cuti sekolah bulan September. Saya pergi melancong, berkelah dan bersukan.

    Pertama sekali, saya sekeluarga pergi melancong ke Bali selama empat hari. Tempat-tempat di sana sangat menarik dan indah dipandang mata. Saya rasa sangat seronok ketika bermandi-manda di lautnya yang biru bersama adik saya. Saya juga berpeluang menjamu selera berdekatan dengan sebuah gunung berapi. Udaranya dingin dan nyaman. Saya rasa gembira dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga saya dan makan bersama-sama. Selalunya, kami tidak berpeluang untuk makan bersama-sama di rumah kerana masing-masing sibuk dengan hal tersendiri.  Saya kini rindu dengan suasana Bali.

    Selain itu, saya juga pergi bersukan bersama adik saya. Kami berdua sangat gemar menunggang basikal. Kami mengambil peluang cuti sekolah ini untuk ke pantai East Coast dan menyewa basikal di situ. Kami akan menunggang basikal di tepi pantai sambil menikmati udara segar yang tersedia. Badan kami lebih cergas setelah berbasikal selama dua jam.

    Akhir sekali, saya juga pergi berkelah di Taman Botanik Singapura bersama rakan-rakan sekelas saya. Kami akan membawa pelbagai juadah dari rumah seperti kuih-muih, keropok, roti dan sebagainya untuk dimakan. Saya berborak-borak, bermain permainan kad dan memetik gambar bersama mereka. Kami dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat dan merapatkan lagi hubungan kami sekelas.

      Itu sahaja yang dapat saya kongsi bersama awak untuk kali ini. Saya menunggu balasan e-mel daripada awak. Sehingga berjumpa lagi pada lain masa.

      Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas
Ridzuan
0 Comments

E-mel rasmi

5/5/2013

0 Comments

 
Daripada: nur.haziqah@emel.com

Kepada: cikgu@emel.com

Subjek: Darmawisata ke Korea Selatan

Cikgu Fairuz

        Saya, Nur Haziqah Binte Haron, dari kelas 2N1, ingin menyarankan sebuah program darmawisata ke Seoul, Korea Selatan. Di dalam e-mel ini, saya akan terangkan lebih lanjut -tentang rancangan program ini.

        Secara ringkas, berdarmawisata ke Seoul boleh meluaskan ilmu pengetahuan kita tentang budaya dan tradisi mereka. Contohnya,makanan-makanan mereka. Di sana, makanan-makanan terkenal mereka ialah bibimbap, kimbap, nasi goreng kimchi dan tteokbokki. Kita dapat merasai makanan lain apabila di sana. Kebanyakan pencuci mulut mereka menggunakan kacang merah.

        Selain daripada itu, kami boleh pelajari tentang tradisi mereka. Terdapat berbagai-bagai  baju tradisional Korea yang ada tetapi pada masa sekarang mereka memakai Hanbok moden. Hanbok moden adalah jaket cerah yang diikat dengan busur hiasan yang berbeza dengan bahagian bawah yang gelap dalam versi ini. Terdapat tujuh puluh peratus permainan tradisional Korea yang dimainkan pada musim sejuk. Seperti seokjeon, jeopo, yut dan lain lagi.

       Seoul ialah negeri yang besar di Korea Selatan. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik. Salah satu tempatnya ialah Sungai Han. Sungai Han mempunyai pemandangan yang indah pada waktu malam. Lampu dipancarkan membentuk suasana romantis dengan lampu berwarna-warni, jenis air terjun atau air pancut yang dibuat dengan pelbagai air bergerak yang cendurung untuk membuat Sungai Han begitu menakjubkan. Muzium-muzium di Seoul menunjukan bagaimana kehidupan di Seoul. Muzium ini ada barang-barang yang paling bersejarah dan 100,000 barang dari zaman purba melalui Dinasti Joseon telah ditunjukkan. Itaewon pula masih kawasan utama pada waktu malam untuk bersuka-ria. Terdapat sebuah masjid besar di Seoul yang boleh kami ziarahi kerana majoriti ahli untuk lawatan ini terdiri oleh murid-murid Muslim.

        Saya cadangkan hanya murid-murid N.A menengah dua yang sesuai untuk program ini kerana kami boleh membentuk kumpulan yang kecil dan mudah untuk dikawal guru.

       Sekian sahaja yang dapat saya sampaikan kepada puan. Saya harap puan memilih Seoul sebagai lokasi kami berdarmawisata selepas mempertimbangkan cadangan-cadangan saya. 

Sekian, terima kasih.

Daripada
Nur Haziqah Binte Haron

0 Comments

    mukadimah

    Beberapa contoh e-mel hasil kerja para pelajar Sekolah Menengah Unity.

    Archives

    May 2013

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.