Membina insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat~
Permata Bahasa
  • Home
  • Slaid Pengajaran
  • Karangan Naratif
  • Karangan Deskriptif
  • Karangan Ekspositori
  • Penulisan E-mel
  • Lukisan
  • Galeri
  • Sukatan Pelajaran & Senarai Peribahasa HML
  • Sukatan Pelajaran & Senarai Peribahasa NA
  • Frasa Adjektif & Pidato
  • Pertandingan K-Pop
Picture

contoh karangan ekspositori

Karangan berdasarkan fakta dan isu semasa. Paling mudah untuk mendapat markah cemerlang jika bijak mengatur dan menghuraikan isi. 
ciri-ciri_pelajar_cemerlang_-_salyza_2n1.docx
File Size: 20 kb
File Type: docx
Download File

masalah_merokok_dalam_kalangan_pelajar-_hafiyyan.docx
File Size: 14 kb
File Type: docx
Download File

CONTOH PERMULAAN untuk karangan ekspositori

Fakta & Pertanyaan
Soalan : Sebab-sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan
. 
Konsep kesihatan bukan sahaja sekadar bebas daripada penyakit, kecacatan atau kecederaan tetapi melibatkan aspek fizikal mental, emosi, rohani dan sosial.  Kemewahan pula lebih merupakan sesuatu yang materi seperti seperti wang ringgit dan harta benda yang banyak biasanya dikaitkan dengan status. Jika kita harus memlih antara kesihatan dan kemewahan, yang manakah yang akan kita pilih? Bagaimanakah harus kita  membuat pertimbangan?  Persoalannya, apakah yang kita anggap lebih penting bagi diri kita – kesihatan atau kemewahan ?

Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap negara lain. 
Singapura negara yang sangat terkenal dalam aspek kebersihan, taraf kehidupan yang tinggi, pendidikan yang bermutu dan sebagainya. Pemerintah yang tegas menyumbang kepada pembangunan Singapura yang positif. Dengan manfaat-manfaat yang dapat saya peroleh sebagai rakyat negara ini, tidak terlintas di fikiran saya untuk menetap di negara lain selain tanah air saya. Jika saya diberi pilihan untuk menetap negara lain, mahukah saya pergi? Apa yang membuat saya begitu setia dan sayang pada tanah air saya?
Peribahasa
Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai kumpulan Samseng

Sifat ingin tahu yang ada pada remaja sering mempengaruhi mereka melakukan perkara-perkara yang salah. Antara perkara ini adalah penglibatan dalam kumpulan samseng. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’ Pepatah ini mengingatkan kepada remaja zaman kini untuk sentiasa berwaspada dan jangan terjerumus dalam gejala samseng. Ini kerana pada akhirnya, mereka akan menerima kerugian apabila ditangkap oleh pihak berkuasa.
Kata-kata Pujangga
Soalan : Sebab-sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan
.
‘Harga atau nilai kesihatan, tidak diketahui kecuali orang-orang yang sakit.’ Ini kerana kesihatan yang hilang belum tentu boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan yang mampu dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Dalam mengejar impian kehidupan gaya moden yang penuh kemewahan, ramai yang terlupa bahawa kesihatan yang sempurna merupakan suatu kekayaan.
 
Suasana
Soalan : Sebab-sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan
. 
Di pintu masuk pejabat, jelas tertera waktu pejabat telah lama berakhir. Namun, masih ramai lagi pekerja yang sibuk bekerja lebih waktu. Ramai orang yang mengabaikan kesihatan sendiri dan terus bekerja tanpa mempedulikan waktu dan rehat.  Anehnya, kadang-kala wang yang dikumpulkan itu terpaksa dihabiskan di klinik rawatan kerana mereka jatuh sakit. Begitulah gambaran kehidupan hari ini. Dalam kesibukan mencari kesenangan material, ramai orang terlupa peri pentingnya kesihatan.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.