Contoh karangan naratif
Karangan ditulis oleh Nur Qairyanna. Karangan ini mempunyai plot yang baik dan cerita diakhiri dengan sebuah pengajaran berkenaan amanah dan kemaafan.
harapkan_pagar_pagar_makan_padi-_nur_qairyanna.doc | |
File Size: | 29 kb |
File Type: | doc |
Frasa Berbunga
KEGEMBIRAAN/SENYUMAN
1. sinar gembira mengerlip di matanya / di mata tuanya
2. seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang
3. dibayangi perasaan gembira
4. kuntum kegembiraan mengembang di hatinya dan menghalau debaran yang memukul dada
5. rasa gembira meruap di dadanya
6. tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bak mutiara
7. senyuman mesra terukir
8. segaris senyuman terukir di bibir / bibirnya
9. mengulum senyuman tipis
10. mengetap bibir tersenyum
KASIH DAN SAYANG
1. curahan kasih sayang
2. berharap putik-putik kemesraan akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati-hati luka
3. silaturahim antara sanak – saudara
4. merindui belai kasih daripada seorang ayah / ibu
5. jauh di sudut hatinya bercambah kasih yang amat mendalam terhadap ……..
LAMUNAN / INGATAN/ NOSTALGIA
1. tiba-tiba lamunannya terhenti
2. lamunannya terputus
3. membiarkan sejenak fikirannya menerawang
4. lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana
5. lamunannya terbang pergi
1. ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau
2. mengimbau kenangan silam
3. ingatannya masih segar
4. meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu
5. ingatannya terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain
6. fikirannya menderas ( berfikir secara deras /cepat )
7. soalan itu ( yang sama )sentiasa memenuhi kotak fikirannya
8. arus fikirannya seperti terhenti / berhenti
9. terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran
TANGISAN
1. kulihat air jernih mengalir di pipinya
2. bendungan air matanya pecah
3. beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
4. air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
5. awan mendung bergayutan di pelipis matanya
6. kolam matanya sudah berkaca
7. kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
8. matanya berkaca dan kemudian berair
9. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata
10. juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya (*)
11. air mata berlinangan
12. Matanya yang bulat kini berair. Mukanya bertikar menjadi merah-padam mengenang nasibnya itu
13. Bersimpuh sambil menundukkan kepalanya ke tanah gersang
14. Sayup dan pilu menghambat perasaannya
15. cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
16. tangisan memberi nikmat kepuasan batin
17. titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut matanya
KEGELISAHAN
1. ketenangan yang diidaminya tak kunjung tiba
2. perasaan berkecamuk melanda hatinya
3. rasa gelisah menjamah hati
4. Ranjau duri hidup ini semakin menikam-nikam sanubari
5. resah dan gusar silih berganti
KEBIMBANGAN
1. bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya
2. Kebimbangannya semakin membakar
3. di wajahnya bergayut setompok kebimbangan
4. persaannya didera kebimbangan
5. kepalanya sakit digayuti keserabutan
KEMARAHAN
1. dadanya berombak-ombak
2. antara dia dan abangnya masih membara api-api pertentangan
3. perdebatan yang mulai panas
4. meledak marah
5. begitu dia memantulkan soalankanku, selamba, sinis, terasa
LANGKAH KAKI
1. terus menghayunkan kakinya berjalan pulang
2. berat kakinya melangkah masuk ke….
3. berjalan gontai ( perlahan –lahan ,lemah ,tidak berdaya )
4. dia kematian langkah
5. langkahnya mantap dan penuh keyakinan
KENDERAAN
1. hinggutan bas dan sesekali lonjakkannya apabila terlanggar di dada jalan amat menyakitkan hati penumpang
2. dibuai dalam perut bas
3. tenggelam dalam perut kereta
4. lenyap ditelan perut kereta
5. Kendaraan putih yang entah apa tulisan di dadanya masih bermundar-mandir
6. lenyap ditelan dentuman pintu yang menghentak ketenangan pagi
7. deruman enjin melanggar gegendang telinganya
PERSAHABATAN
1. pergaulan yang akrab
2. menjalin hubungan yang mesra
3. persahabatan yang tahan diuji
4. seorang sahabat yang sejati
5. hubungan yang peribadi lagi intim
KETAKUTAN
1. mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah
2. debar jantungnya memukul dada
3. ketakutan mula bergayut di sudut hatinya
4. segugus debaran menggoncang dadanya
5. perdu hatinya bagaikan bergayut dengan sebeban debaran
KATA-KATA & SUARA
1. cetusan kata-kata yang menusuk jauh ke sanubari
2. tidak tergagah lidahku untuk menyempurnakan ayat itu
3. menyusun frasa yang terbaik sebagai keengganan yang paling manis
4. kata-katanya tergiang-giang di telingaku
5. lidahnya seperti dikelukan oleh sesuatu kuasa
PAGI
1.tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik
2.suria muda memancarkan sinarnya
3.ketika kokok ayam mula kedengaran
4. sang suria menyinari dengan megah
MALAM
1.dalam kesamaran cahaya lampu
2.kepekatan malam mewarnagelapkan semua
3.malam pasti akan membungkus panorama alam
4.butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik
5.malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh kampung
KESUNYIAN
1.dia dibungkus sepi seperti seorang pengembara di padang pasir
2.kesepian yang mencengkam perasaan
3.keheningan malam yang menenangkan fikiran, mendamaikan perasaan
4.hari demi hari digigit kesepian yang amat menyeksa
5.jiwa ini terhimpit kesunyian
KESEJUKAN
1.kesejukan yang menusuk tulang
2.kesejukan yang mengigit hingga ke tulang
3.membuka tingkap membiarkan angin menerjah masuk ke bilik
4.angin malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginan
5.sebahagian rambutnya tergigil-gigil disergah angin
KEPANASAN
1.bintek-bintek peluh bercambah di sana sini di tubuhnya disebabkan kepanasan
2.manik-manik peluh di dahinya
3.wajahnya sudah diminyaki peluh
4.panas yang membakar
KERAJINAN/ CITA-CITA
1. terus menekuni kerja masing-masing
2. mengorak langkah ke mercu kejayaan
3. kagum melihat kesungguhannya
4. berusaha mengubah takdir yang sudah terpateri
5. berjaya menghambat cita-cita
6. menrealisasikan cita-cita dengan keringat dan air mata
7. cita-citanya setinggi gunung, harapan setinggi langit, kenyakinannya sedalam laut
8. dia mengisi masa dengan mengejar cita-cita
9. dia mengorbankan cintanya demi cita-cita
HUJAN RIBUT
1.sekali-sekali kelihatan cahaya kilat memanah langit
2.awan hitam kelihatan berarak ditiup angin
3.kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentum –dentam
4.diterangi sesekali hanya oleh kilat yang disusuli guruh
5.kilat mengenyit dua tiga kali
KEMISKINAN
1.di tengah ranjau ketidakmampuan
2.bertarung dengan dugaan demi dugaan
3.tak sanggup lagi menadah tangan menanti ikhsan oran lain
4.menangisi nasib
5.terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh dengan onak dan duri
KEBOSANAN
1.kebosanan jelas terpancar di wajah mereka
2.terkikis kebosanan
3.menghela nafas panjang
4.telah berulang-ulang kali kata-katanya menerjah cuping telinga yang sendat dihambur leteran yang serupa
5.duduk tercantuk sambil menunggu masa berlalu
ANGIN
1.angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
2.angin menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-pohon yang berjejer di sepanjang jalan
3.pohon-pohon yang menari-nari ditiup angin bagaikan berbisik
4.angin yang menderu sesekali menampar dinding rumahku
5.angin semilir menyapa lembut pipiku
KEHIDUPAN
1.pahit-maung kehidupannya
2.meneruskan sisa-sisa hidupnya
3.selagi hayat dikandung badan
4.pengalaman yang lalu begitu sahaja dengan tidak dimasukkan ke dalam buku perhitungan
5.di penjuru usia yang tinggal sisa
MATA
1.mata redupnya menjamah mesra wajahku
2.mengamati wajah bening ibu
3.kerdipan matanya bagaikan pisau yang melapah perasaannya
4.sinaran matanya yang demikian dingin
5.Mata kananku dilindungi dengan keganasan
PANDANGAN
1.dari tingkap itu pandangannya ditebarkan keluar, jauh ke arah jalan raya yang sibuk
2.merenung tingkap yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang sibuk
3.mencuri pandang
4.melarikan pandangannya
5.melemparkan pandangannya
HATI / KEADAAN BERMASALAH
1.hatiku berkocak
2.di tengah-tengah kekalutan ini, hatinya bagaikan menjerit
3.hatiku yang pejal menjadi cair umpama ais yang diletakkan di bawah terik mentari
4.ada yang bergolak di hatiku
5.kau seperti sampan dan bot yang teroleng-olrng di atas dada laut
PERTANYAAN
1.pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya
2.berulang-ulang kali pertanyaan ini timbil dalam otaknya
3.merenung matanya dengan seliratan tanda tanya
KETENANGAN
1.wajahnya tenang, setenang air di kali
2.ingin mencari ketenangan yang hakiki
3.Nur yang bersinar dari arah mahligai itu sudah mula menerangi jiwa yang kosong ini
4.melenyapkan segala bicara khatir-khatirnya
RAMBUT
1.rambut panjangnya berjuntai berserabut menutup mukanya
2.menyisir rambutnya lagi ke belakang
3.rambutnya ikal mayang
4.rambut panjang paras bahu yang berombak-ombak cantik
KECANTIKAN
1.raut muka yang cantik
2.secantik bintang filem di layar perak
3.alisnya selentik taji dibentuk
4.pipinya selicin pauh dilayang
5.bibirnya semerah delima merekah
LAUT/ PANTAI DAN OMBAK
1.tidak dipedulikan air ombak yang berdebur menghempas di tepian batu besar
2.air laut yang bergelora bagaikan menukas
3.pantai permai putih melandai terhampar berliku-liku
4.Sungai yang lazimnya berjujuhan dan lautan luas yang mendalam dan membiru tidak berfungsi di kala itu
AIR
1.air sungai mengalir tak kering-kering.
2.air mengalir mencari tanah yang lebih rendah.
3.air yang jernih seperti air mata.
HARI / SIANG
1.bilah-bilah hari tetap juga datang
2.siang terus bangun
TUMBUHAN / HUTAN
1.kawasan gigi rimba
2.kayu-kayu yang berceracak menghutan
3.daun-daun pokok tunduk terkulai
4.dunia yang ditabiri dengan jajaran pokok-pokok dan semak samun
JALAN RAYA
1.di pinggir jalan beraspal hitam dan pejal
2.lorong dua-hala yang seperti ular kena palu
3.lampu isyarat itu bukannya bijak tetapi setia mengikut program
4.kenderaan lalu-lalang deras dan perlahan
5.melintas bersahaja mengundang maut menyalurkan informasi
KOTA
2.insan kota bingkas berkejaran di hening pagi tanpa diarah
3.dia menyandang beg sekolah untuk menunaikan tanggungjawab remaja kota seperti semalam dan hari-hari sebelumnya
4.perkarangan flat HDB yang baru
5.di bawah kolong flat yang tegak berdiri
6.estet lama yang semakin kehilangan daya tarikan
7.deretan kedai Cina yang menjual pelbagai produk
8.aroma kurang enak dari kedai singseh Gong Hin
PUSAT BELI-BELAH
1.berdiri memerhatikan gelagat pengunjung di pusat beli belah Jurong Point
2.penjual yang ramah dan mesra cuba memikat hati pembeli
3.membelek-belek tanpa tujuan untuk membeli
4.mundar-mandir di pusat membeli belah itu
5.pegawai keselamatan berseragam dengan baton di pinggang