Topik Pidato : Kucing
Salam sejahtera rakan-rakan sekalian.
Hari ini saya akan memberitahu awak semua tentang haiwan peliharaan saya, KIKI.
Kiki ialah kucing saya yang telah tinggal bersama saya selama 3 bulan.
Dikala saya kesepian, KikI lah pengubat duka dan juga teman setia saya.
Bulu Kiki sangat lebat dan putih berseri. Saya rajin menjaga kebersihannya kerana saya tak mahu ia jatuh sakit dijangkiti kuman-kuman.
Kiki sudah saya anggap seperti ahli keluarga.
Saya amat gembira dan bersyukur ditemui dengan kucing yang begitu comel dan jinak.
Sekian, terima kasih semua!