Salam
Selamat datang ke lelaman Permata Bahasa.
Harap para pelajar dapat memanfaatkan bahan-bahan ini dengan baik.
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih."

NOTA UNTUK PELAJAR 4N 2015
STRUKTUR KARANGAN EKSPOSITORI
Pengenalan
· Statistik
e.g Ramai pengguna Internet yang bersembunyi di sebalik wajah orang lain apabila berinteraksi di alam siber. Berdasarkan perangkaan pada tahun 2008, remaja antara umur 15 hingga 19 tahun merupakan peratusan pengguna terbesar di alam siber. Dunia siber umpama ruang pasar yang amat luas, penuh misteri,bersifat global dan segalanya yang berlaku tidak mewajibkan kita bertemu secara nyata di alam sebenar.
· Pertanyaan/soalan
e.g Singapura negara yang terkenal dari segi kebersihan, taraf kehidupan yang tinggi, pendidikan yang bermutu dan sebagainya. Pemerintah yang tegas menyumbang kepada pembangunan Singapura yang positif. Dengan manfaat-manfaat yang dapat saya peroleh sebagai rakyat negara ini, tidak terlintas di fikiran saya untuk menetap di negara lain. Jika saya diberi pilihan untuk menetap negara lain, mahukah saya pergi? Apa yang membuat saya begitu setia dan sayang kepada tanah air saya?
· Peribahasa
· Kata-kata pujangga
· Fakta
· Pastikan dapat menarik perhatian pembaca
· 4-5 ayat sudah mencukupi
4 Isi + Huraian + Contoh
· Gunakan penanda wacana
· Satu perenggan untuk satu isi sahaja
· Kaitkan semula setiap isi kepada soalan
· Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana? Berapa?
Penutup
· Elak menulis isi baharu
· Elak memberikan pendapat sendiri
· Rumuskan isi-isi yang diberi
CONTOH PENDAHULUAN KARANGAN
Ekonomi Singapura berkembang dengan pesat. Pelbagai projek pembangunan raksasa berjalan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan kini, timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Singapura kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun begitu, kemasukan pendatang asing yang banyak telah menimbulkan masalah-masalah baharu.
Topik : Kesan Kemasukan Pendatang Tanpa Izin
Sumber : Dewan Siswa, Februari 2013
‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ merupakan kata-kata yang sering dilafazkan dalam menerangkan kepentingan remaja dalam pembangunan negara. Pembangunan remaja selaku modal ihsan negara menjadi petunjuk penting kepada arah dan rupa sebenar negara kita pasa masa hadapan. Kuasa remaja memberikan kesan yang signifikan kepada usaha merencanakan hala tuju sesebuah negara pada masa akan datang.
Topik : Pengaruh Luar, Kebalkah Remaja?
Sumber : Dewan Siswa, Mei 2013
Negara yang ingin maju dan makmur mestilah mempunyai individu yang rajin dan berdedikasi. Rakyat memainkan peranan yang penting untuk memajukan negara, terutamanya golongan remaja. Kata-kata hikmat, ‘Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa’ telah membuktikan perkara ini. Namun begitu, penularan gejala sosial yang kian meruncing telah menyebabkan negara kerugian tenaga muda.
Topik : Masalah Sosial Remaja
Sumber : Dewan Siswa, Mac 2013
Pada era globalisasi yang penuh dengan pancaroba ini, ramai orang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Alasan mereka sama sahaja; kesibukan. Ada juga yang memikirkan gaya hidup sihat tidak penting dan akibatnya, mengabaikannnya. Sebenarnya, mengamalkan gaya hidup sihat membawa banyak manfaat.
Topik : Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Sumber : Dewan Siswa, Julai 2013
Dalam era globalisasi yang pesat membangun kini, setiap lapisan masyarakat hendaklah menitikberatkan ilmu pengetahuan mereka melalui pembacaan buku, majalah, surat khabar dan lain-lain bacaan. Ini adalah supaya pengetahuan mereka meluas bak kata pepatah ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’ dan bukan seperti ‘katak di bawah tempurung’. Penerapan minat membaca perlulah disemaikan kepada setiap individu terutamanya kepada golongan pelapis pemimpin masa hadapan.
Topik : Stigma membaca membosankan perlu diubah
Sumber : Dewan Siswa, Julai 2013
Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan akses kepada Internet. Kini, sesiapa pun boleh melayarinya, tidak kira tua ataupun muda. Tidak dinafikan kebanyakan ibu bapa bimbang dengan fenomena remaja yang melayari Internet tanpa pemantauan akan mendatangkan pelbagai kesan negatif.
Topik : Atasi Kesan Internet Kepada Remaja
Sumber : Dewan Siswa, Jun 2013
Pada era pasca kemerdekaan ini, rakyat Singapura mula hidup dalam kecanggihan infrastuktur. Pembangunan pesat dalam aspek pengangkutan selari dalam usaha mengejar dan merealisasikan cabaran ekonomi. Namun demikian, terdapat segelintir masyarakat yang hanya memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut. Dengan erti kata lain, tidak mengambil endah untuk memanfaatkan kemudahan awam yang sedia ada.
Topik : Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam
Sumber : Dewan Siswa, Jun 2013
Ramai remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini berlaku disebabkan pengaruh rakan sebaya. Akibatnya, seluruh hidup mereka musnah kerana menjadi hamba dadah. Penyalahgunaan dadah membawa kesan yang amat buruk dan memudaratkan penggunanya. Kemudaratan bukan sahaja dialami oleh individu yang terlibat tetapi negara juga mengalami kerugian dari aspek ekonomi, politik, sosial dan pembangunan negara.
Topik : Kesan & Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Sumber : Dewan Siswa, Julai 2013
Rakan atau kawan bermaksud insan yang rapat dengan kita. Rakan juga merupakan insan yang paling dekat dengan kita. Tanpa rakan, seseorang itu berada dalam kesunyian. Mempunyai rakan yang baik akan membawa kita ke arah kebaikan. Rakan sebaya yang baik serta elok budi pekerti dan bahasa dapat mengelakkan kita terjerumus ke arah maksiat. Oleh hal demikian, pemilihan rakan harus dilakukan dengan bijak.
Topik : Peranan Rakan Sebaya
Sumber : Dewan Siswa, Ogos 2013
KOSA KATA
Teknologi Maklumat
1. kehadiran teknologi anugerah istimewa kepada dunia pendidikan
2. perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif
3. pembangunan pesat teknologi tidak bebas daripada implikasi negatif
4. Internet menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah
5. pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif
6. berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian
7. perkembangan pesat teknologi telah menjimatkan masa
8. memberi banyak kemudahan komunikasi
9. membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia
10. kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu
11. kepentingan internet dalam kehidupan manusia tidak boleh disangkal lagi
12. melayari internet
13. meruntuhkan moral seseorang
14. mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat
15. memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu
16. menganggap melayari internet lebih penting daripada menelaah pelajaran
17. enggan bersosial kerana lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer
18. Internet membuka ruang yang luas tanpa batasan kepada pengguna
19. berlakunya pembaziran dari segi masa dan kewangan
20. dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini
21. teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga boleh membawa kemudaratan
22. memanfaatkan Internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara
Gejala Sosial Remaja
1. remaja harus bertanggungjawab dalam tindakan mereka
2. ibu bapa perlu lebih peka mengawasi
3. masalah yang sukar untuk dibendung
4. berhadapan dengan isu social yang membimbangkan
5. pengaruh modernisasi dan globalisasi
6. paparan adegan negatif daripada filem barat
7. institusi kekeluargaan yang goyah boleh menimbulkan gejala sosial
8. ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama/moral
9. pengaruh kuat rakan sebaya
10. usah tersilap pilih kawan
11. kurang asuhan dan bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa
12. jarang bersua muka dengan ibu bapa
13. tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa
14. pengaruh persekitaran dan media massa membentuk perilaku para remaja
15. terlalu mendahagakan keseronokan
16. berwaspada dalam apa jua perkara yang dilakukan
17. lebih mesra dengan rakan mereka
18. ibu bapa sibuk dengan urusan kerja
19. remaja merupakan aset utama dalam pembangunan negara kelak
20. kadar jenayah membabitkan remaja meningkat
21. hal ini tidak seharusnya dipandang remeh
22. rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata
23. remaja membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian
24. semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing
25. gejala-gejala sosial ini boleh ditangani
CONTOH KARANGAN EKSPOSITORI
Kesan-kesan buruk Internet kepada remaja
Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan akses kepada Internet. Kini, sesiapa pun boleh melayarinya, tidak kira tua ataupun muda. Tidak dinafikan, jika para remaja melayari Internet tanpa pemantauan, ia boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif. Antara kesan-kesan negatifnya adalah keruntuhan akhlak, pembulian siber, isu hakcipta dan ketagihan.
Pertama, pendedahan meluas kepada Internet boleh mengakibatkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Dengan adanya Internet, remaja lebih mudah terdedah kepada rancangan dan lelaman yang memaparkan perkara-perkara yang tidak sesuai untuk tontonan umum. Contohnya, lelaman lucah dan rancangan di Youtube yang mempengaruhi remaja untuk bergaul dengan bebas. Apabila mereka menyaksikan adegan sebegini, mereka mungkin akan terpengaruh. Mereka tentu ghairah mengikut-ikut gaya dan lakonan idola mereka. Perkara ini sukar dikawal oleh ibu bapa dan orang dewasa kerana remaja mempunyai akses kepada Internet tanpa had. Lebih-lebih lagi kini, bilangan pengguna telefon bijak semakin meningkat dalam kalangan remaja. Lantas, akhlak seseorang remaja itu boleh terjejas dengan penggunaan Internet tanpa kawalan.
Seterusnya, pembulian siber sering berlaku di Internet. Seorang pembuli siber lazimnya menghantar pos-pos negatif di lelaman sosial, mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakan di alam maya dan sebagainya. Adakala, hal ini menjatuhkan maruah si mangsa dan menjejaskan reputasinya. Contohnya, apabila seseorang menaip status di lelaman Facebook yang mencemuh rakannya, ini dilihat sebagai suatu pembulian. Tambahan lagi, jika dia mengajak rakan lain utk sama-sama menyokong status itu dengan menekan butang 'like'. Hal ini salah dari segi undang-undang dan boleh mengakibatkan si pembuli untuk didenda dengan keras oleh pihak berkuasa.
Selanjutnya, masalah mengenai isu hakcipta seringkali timbul dengan adanya Internet. Internet memudahkan penularan maklumat yang tidak boleh dipercayai. Ramai remaja yang menggunakan Internet untuk tujuan belajar. Seringkali, mereka mengandaikan yang semua maklumat di Internet itu benar dan tulen lantas, menggunakannya untuk kerja sekolah tanpa menapis mana-mana isi yang tidak relevan terdahulu. Ini suatu tabiat yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Mereka malas berfikir dan hanya mengharapkan jawapan daripada Internet. Ada kala, mereka sanggup meniru jawapan bulat-bulat dri Internet dan memberi kepada guru, kononnya, atas hasil titik peluh sendiri. Contohnya, mencari contoh karangan di alam maya dan meniru idea-idea penulis itu. Kemudian, menghantar tugasannya itu tanpa memberi sebarang rujukan kepada penulis aslinya. Lantas, para remaja semakin malas berfikir dan mudah melakukan perkara yang tidak beretika dengan adanya Internet.
Akhirnya, kesan buruk utama oleh Internet ialah ketagihan. Remaja seringkali khusyuk bermain permainan di Internet seperti Candy Crush dan Dota. Hal ini boleh membuat seseorang itu ketagih kerana taksub untuk terus ke peringkat seterusnya. Juga, lelaman sosial boleh membuat penggunanya ketagih. Apabila kita leka melihat-lihat album dan profil rakan, kita tidak sedar masa berjalan dengan begitu sahaja. Lantas, ketagihan kepada Internet ini sesuatu yang negative bagi para remaja.
Kesimpulannya, kemanfaatan Internet hanya boleh diraih jika para remaja tidak menyalahgunakannya. Ibu bapa dan guru perlu menasihati dan mengawal penggunaan Internet seberapa boleh demi kebaikan remaja itu.
Hasil Kerja : Cikgu Fairuz

Untuk pertanyaan, sila e-mel kepada :
fairuz_mohd_padin@moe.edu.sg