Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Kegiatan Cuti Sekolah
Ali
Apa khabar awak di sana? Saya baik-baik sahaja. Saya harap awak sekeluarga sihat sentiasa.
Tujuan saya menulis emel ini kepada awak adalah untuk menceritakan tentang kegiatan-kegiatan yang saya lakukan semasa cuti sekolah bulan September. Saya pergi melancong, berkelah dan bersukan.
Pertama sekali, saya sekeluarga pergi melancong ke Bali selama empat hari. Tempat-tempat di sana sangat menarik dan indah dipandang mata. Saya rasa sangat seronok ketika bermandi-manda di lautnya yang biru bersama adik saya. Saya juga berpeluang menjamu selera berdekatan dengan sebuah gunung berapi. Udaranya dingin dan nyaman. Saya rasa gembira dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga saya dan makan bersama-sama. Selalunya, kami tidak berpeluang untuk makan bersama-sama di rumah kerana masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Saya kini rindu dengan suasana Bali.
Selain itu, saya juga pergi bersukan bersama adik saya. Kami berdua sangat gemar menunggang basikal. Kami mengambil peluang cuti sekolah ini untuk ke pantai East Coast dan menyewa basikal di situ. Kami akan menunggang basikal di tepi pantai sambil menikmati udara segar yang tersedia. Badan kami lebih cergas setelah berbasikal selama dua jam.
Akhir sekali, saya juga pergi berkelah di Taman Botanik Singapura bersama rakan-rakan sekelas saya. Kami akan membawa pelbagai juadah dari rumah seperti kuih-muih, keropok, roti dan sebagainya untuk dimakan. Saya berborak-borak, bermain permainan kad dan memetik gambar bersama mereka. Kami dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat dan merapatkan lagi hubungan kami sekelas.
Itu sahaja yang dapat saya kongsi bersama awak untuk kali ini. Saya menunggu balasan e-mel daripada awak. Sehingga berjumpa lagi pada lain masa.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas
Ridzuan