contoh karangan deskriptif
Karangan deskriptif memerlukan penggunaan kata adjektif yang meluas. Di sini, Nur Haninah telah berjaya menggunakan beberapa frasa dan kata adjektif yang bersesuaian untuk menggambarkan isi ceritanya dengan jelas dan kreatif. Dialog tidak diperlukan dalam sebuah karangan deskriptif. Karangan pertama ditulis oleh Nur Haninah (1E1) manakala karangan kedua ditulis oleh Hafiyyan (3N1). 2013.
sebuah_peristiwa_yang_menggembirakan_ahli_keluarga_anda_-_nur_haninah.doc | |
File Size: | 29 kb |
File Type: | doc |
karangan_gunung_ledang.docx | |
File Size: | 17 kb |
File Type: | docx |
Soalan: Tuliskan sebuah peristiwa tentang sambutan Hari Raya yang tidak boleh dilupakan. Jelaskan pengalaman dan perasaan kamu.
Aku tersentak daripada tidurku, jam locengku berdering sekuat-kuatnya menandakan pagi Hari Raya. Aku harus bangun dan bersiap-sedia untuk ke masjid untuk mengerjakan solat Hari Raya. Selepas bersiap-sedia dengan baju kurung yang berwarna ungu, aku keluar rumah ke masjid bersama keluargaku dengan menaiki kereta.
Setelah di masjid, kedengaran takbir raya dari pembesar suara yang sangat merdu. Takbir raya dapat melembutkan hati orang yang keras ataupun yang selalu marah bak pepatah air yang dingin juga dapat memadamkan api. Selepas solat Hari Raya, aku duduk mendengar khutbah daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang disampaikan oleh Ustaz Jalil.
Akhirnya, aku pulang ke rumah. Ibuku pun memanaskan lauk-pauk yang dimasaknya. Kakak aku menolong ibu memasak pada hari sebelumnya. Semasa abangku makan, loceng pintu berdering. Adikku yang sedang menonton televisyen pergi membuka pintu. Sebelum meletakkan tangan kanannya di pemegang pintu, orang di luar memberi ketukan yang sangat kuat dan keras sehingga dia melanjak sedikit kerana terkejut.
Adikku terperanjat melihat sekumpulan orang seolah-olah mencari seseorang. Bapaku datang ke pintu dan wakil kumpulan it memberitahu bapaku identiti mereka. Mereka merupakan pihak CNB. Abangku yang sedang makan pun tersedak. Dia dengan pantas ke dapur untuk mendapatkan segelas air suam. Pihak CNB rupa-rupanya sedang mencari abangku. Kesemua ahli keluargaku rasa tergamam sewaktu peristiwa itu. Abangku selepas meminum air, berlutut dan bermohon maaf tanpa apa sebab.
Pihak CNB menggari abang dan mereka dibawa ke almarinya untuk diperiksa. Mereka pun menjumpa sepaket dadah. Semasa pemeriksaan, ibu bapaku menyoal salah seorang pihak CNB apa yang terjadi. Dia pun memberitahu bahawa abangku disyaki memiliki dadah. Ternyata, sepaket dadah dijumpai di almarinya. Titisan air mata ibuku mengalir apabila abangku dibawa pulang ke stesen CNB untuk siasatan. Ibuku menangis kerana tidak dapat menyambut Hari Raya bersama-sama.
Sebagai pengajaran, kita sepatutnya memikir dua kali sebelum membuat sesuatu kerja. Kerja kurang bijak yang dilakukan boleh menghancurkan hati ibu bapa dan masa depan sendiri. Sambutan Hari Raya pada hari itu tidak begitu meriah berbanding pada tahun lepas kerana ketiadaan abangku. Dia yang selalu membuat kami ketawa dengan jenakanya. Kami sekeluarga tidak bersemangat untuk menjamu selera. Ingatlah, kehidupan tidak boleh berputar balik. Katakan ‘tidak’ kepada dadah!
Abbas Zafri Bin Mohd Shah.
3N2 2014.