Membina insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat~
Permata Bahasa
  • Home
  • Slaid Pengajaran
  • Karangan Naratif
  • Karangan Deskriptif
  • Karangan Ekspositori
  • Penulisan E-mel
  • Lukisan
  • Galeri
  • Sukatan Pelajaran & Senarai Peribahasa HML
  • Sukatan Pelajaran & Senarai Peribahasa NA
  • Frasa Adjektif & Pidato
  • Pertandingan K-Pop
 

SENARAI  PERIBAHASA NORMAL AKADEMIK                                                          

1.         ada gula adalah semut                        
di mana ada rezeki di situlah ramai orang

2.         ada kerak, adalah nasi                       
tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya


3.         air pun ada pasang surutnya             
keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanya susah


4.         alah bisa tegal biasa                            
perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya


5.         bagai hujan jatuh ke pasir                  
kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas


6.         bagai menelan mestika embun          
mendengar nasihat yang baik


7.         bagaimana acuan begitulah kuihnya
a. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya
b. keadaan sesuatu itu menurut asalnya


8.         belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai


9.         berani kerana benar, takut kerana salah
bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk menegakkan kebenaran


10.       biar putih tulang, jangan putih mata
a. mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam
b. lebih baik mati daripada menanggung malu


11.       burung terbang dipipiskan lada        
merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh


12.       di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
a. apabila kita menetap di sesebuah negeri (seperti kampung, masyarakat) kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut
b. segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati


13.        diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

14.       ditatang bagai minyak yang penuh
sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna


15.        garam jatuh ke air
seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya

16.         hilang adat tegal muafakat
adat lama itu boleh diubah asal dengan muafakat

17.         ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta

18.         kusut di hujung, bawa ke pangkal
apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah

19.         malu berkayuh perahu hanyut
a. kalau  tidak  berusaha,  tentulah  susah  dan  kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan
b. kalau     segan     berusaha     tidak      akan      mendapat kemajuan

20.         ringan tulang berat perut
jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki

21.         seperti anak ayam kehilangan ibu
sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah- pecah akibat kehilangan pemimpin atau tempat
tumpuan dan pengharapan

22.        sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya

23.        bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
a. bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti
b. bagaimana perbuatan/perkataan demikianlah balas dan jawapannya

24.
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
a. walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal  juga
b. walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga

25.
berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan/perkara-perkara yang berfaedah

26.
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya

27.
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk

28.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula

29.
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain

30.
genggam bara api biar sampai jadi arang
membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan

31.
harapkan (mendengar)  guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan
kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

32.
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain

33.
jauhari juga yang mengenal manikam
orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang

34.
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada

35.
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat)

36.
kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji

37.
lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya

38.
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan

39.
sekali air bah, sekali pasir berubah
apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga

40.
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)

41.
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya


42.
seperti tikus jatuh ke beras
a. orang yang dapat kedudukan yang mewah
b. seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain

43.
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa

44.
takut titik lalu tumpah
hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar

45.
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah

46.
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
cerdik dan rajin

47.
baik membawa resmi ayam betina
seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup

48.
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri

49.
besar kapal, besar gelombang
makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya

50.
biduk lalu kiambang bertaut
lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula

51.
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
a. pembahagian yang sama rata dan adil
b. sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan

52.
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik

53.
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih

54.
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun


55.       kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar

56.       kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya

57.       melentur buluh biarlah dari rebung
mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecilnya kerana apabila telah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk


58.       membuang garam ke laut                   
membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah


59.       meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
a. seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia
b. meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga


60.
nasi tak dingin pinggan tak retak
orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak

61.
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

62.
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak kecil

63.
sebab buah dikenal pohonnya
daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang

64.
seperti harimau menyembunyikan kukunya
orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya

65.
seperti labah-labah cinta kepada telurnya
perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan

 


Powered by Create your own unique website with customizable templates.